TERMA & SYARAT PERADUAN BERKONGSI REZEKI BERSAMA VINDA
24 February 2025

1.       Peraduan “Berkongsi Rezeki Bersama Vinda” (“Peraduan”) dianjurkan oleh Vinda Marketing (M) Sdn Bhd. [320704-U] (“Pihak Penganjur”) 

 

2.       Peraduan ini berlangsung dari 15 Februari 2025 (00:00:00) – 6 April 2025 (23:59:59)(“Tempoh Peraduan”). Pihak Penganjur berhak untuk mengubah tempoh peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua penyertaan yang diterima selepas tamat Tempoh Peraduan akan dibatalkan. 

 

3.       Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang sah berumur 18 tahun dan ke atas dan penduduk tetap yang mempunyai MyKad yang sah dan tempat tinggal beralamat di Malaysia ("Peserta"). Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju bahawa syarat-syarat di dalam Terma & Syarat telah dipenuhi. 

 

4.       Golongan berikut tidak layak untuk mengambil bahagian di dalam peraduan ini: 

a.       Kakitangan Pihak Penganjur termasuk anak-anak syarikat ataupun syarikat-syarikat yang berkaitan dan ahli keluarga terdekat;

b.       Wakil, kakitangan, penjawat dan/atau agen pemasaran pengiklanan dan/atau pembekal perkhidmatan promosi Pihak Penganjur termasuk syarikat gabungannya dan perkhidmatan berkaitan, dan ahli keluarga terdekat. 

 

5.       Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta mesti membeli mana-mana produk tisu VINDA( dari lampiran 1) dalam satu resit (“Bukti Pembelian”) sepanjang Tempoh Peraduan dari 15 Februari 2025 – 6 April 2025 diterima dari kedai-kedai terdekat atau dari e-dagang yang dibenarkan berikut: 

a.       Shopee: Drypers / Vinda / TENA / Libresse Official Shop

b.       Lazada: Drypers Vinda TENA Libresse Store

c.        Vindamall: https://vindamall.com/myen/shop/consumer-tissue.html

 

6.       Resit mesti mengandungi Produk yang dibeli, tarikh pembelian, jumlah pembelian, nombor resit dan/atau logo outlet. Sekiranya ini tidak tertera, Resit perlu dicap dengan cap rasmi kedai di mana pembelian dibuat [“Butiran Resit”].

 

7.       Peserta boleh menghantar lebih dari SATU (1) penyertaan. Setiap SATU (1) resit pembelian layak untuk SATU (1) penyertaan dan hanya boleh digunakan sekali sahaja. Penyertaan Peraduan akan dibatalkan jika resit pembelian yang sama digunakan lebih dari SATU (1) kali.

 

8.       Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan yang tidak memenuhi Terma & Syarat peraduan dan Pihak Penganjur tidak tertakluk untuk memberi sebarang penjelasan mengenai pembatalan tersebut. Pembatalan juga akan dilakukan jika penyertaan yang mempunyai maklumat yang tidak lengkap, tidak sah, tidak betul atau maklumat yang tidak dapat disahkan. Bukti Pembelian yang tidak boleh dibaca/telah pudar/rosak adalah tidak sah, tidak layak dan akan dibatalkan untuk Peraduan ini.

 

9.       Dengan penyertaan dalam Peraduan ini, peserta dengan ini bersetuju dan memberikan kebenaran dan hak penuh mereka kepada Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, butiran peribadi, dokumen dan maklumat tanpa sebarang bayaran royalti untuk tujuan pentadbiran, pengiklanan dan publisiti berkaitan Peraduan, sama ada dalam media cetak atau elektronik atau untuk menghubungi peserta untuk tujuan penyelidikan pasaran dari semasa ke semasa menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

 

10.    Pihak Penganjur juga berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk mengesahkan dan memastikan kesahihan penyertaan dan membatalkan mana-mana peserta yang didapati atau disyaki mengubah suai proses pendaftaran peraduan, operasi peraduan ataupun melanggar syarat yang tertera di laman Facebook Vinda Tissue Malaysia. 

 

CARA PENYERTAAN

Penyertaan Melalui Whatsapp. 

 

11.    Untuk menyertai Peraduan “Berkongsi Rezeki Bersama Vinda 2025”, peserta dikehendaki untuk:

a.       Langkah 1: Beli mana-mana produk tisu Vinda dari kedai berdekatan atau melalui e-dagang berikut sahaja:

                                                               i.      Shopee: Drypers / Vinda / TENA / Libresse Official Shop

                                                              ii.      Lazada: Drypers Vinda TENA Libresse Store

                                                            iii.      Vindamall: https://vindamall.com/myen/shop/consumer-tissue.html

 

b.       Langkah 2: Imbas Kod QR (rujuk laman media social Vinda atau pun POSM ) atau Whatsapp ke 018-2826126 untuk memberi maklumat nama penuh, alamat, emel, nombor kad pengenalan dan jawab satu soalan mudah berserta dengan gambar penuh Bukti Pembelian (pastikan gambar yang dihantar adalah jelas dan dalam jpeg, png atau pdf.

 

12.    Manakala untuk penebusan RM 3.00 Touch n Go E-wallet (Wajib Menang), peserta dikehendaki membeli mana-mana Tisu Dapur Vinda tanpa harga minima dan hantarkan resit pembelian melalui nombor Whatsapp yang sama iaitu 018-2826126.

 

13.    Bagi pembelian tanpa Tisu Dapur Vinda, peserta tidak layak menebus RM3.00. Namun, penyertaan mereka masih akan diterima dan berpeluang untuk memenangi peraduan 'Berkongsi Rezeki Bersama Vinda 2025'

 

14.    Peserta dikehendaki untuk menjawab soalan seperti dibawah:
Soalan:

a.       Adakah Tisu Dapur Vinda mempunyai Kekuatan yang menakjubkan walaupun basah? Ya / Tidak

 

HADIAH BERNILAI SEHINGGA RM46,000 UNTUK DIMENANGI

 

HADIAH UTAMA X 7:

Wang tunai bernilai RM3,000 dan RM300 Baucar Tunai membeli belah di Pokoks setiap satu. (Had untuk tujuh (7) pemenang sahaja)

 

HADIAH SAGUHATI X 15:

RM200 Baucar Tunai membeli belah di Pokoks setiap satu. (Had untuk lima belas (15) pemenang sahaja)

 

HADIAH ISTIMEWA X 20:

Produk Vinda bernilai RM40 setiap satu. (Had untuk dua puluh (20) pemenang sahaja)

 

HADIAH WAJIB MENANG x 6,600:

Kredit E-Wallet Touch N Go bernilai RM3 setiap satu, untuk pembelian mana-mana Tisu Dapur Vinda sahaja (Had untuk enam ribu enam ratus (6,600) Pemenang sahaja)

 

15.    Setiap peserta dibenarkan untuk memenangi SATU (1) hadiah peraduan sahaja, sama ada Hadiah Utama, Hadiah Saguhati atau Hadiah Istimewa. Tarikh luput untuk Baucar Tunai Butik Pokoks adalah sehingga 31 Julai 2025 sahaja dan tidak boleh di tukar dengan wang tunai dan hanya boleh di tebus melalui laman sesawang https://pokoks.com/ dan hadir ke butik Pokoks di Setia Alam, Selangor.

16.    Manakala, bagi peserta Wajib Menang, penebusan RM3.00 Touch 'n Go e-Wallet boleh dilakukan sebanyak mungkin, selagi setiap penebusan disertakan dengan resit yang berbeza.

 

17.    Ganjaran atau Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah yang diiklankan dengan hadiah yang sama nilai tanpa pemberitahuan terlebih dahulu atas budi bicara tunggal dan mutlaknya. Pihak Penganjur, agensi, afiliasi, penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap hadiah yang tidak sah atau penyalahgunaan mana-mana hadiah, atau tuntutan, liabiliti, kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini.

 

18.    Keputusan oleh Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang perhubungan surat-menyurat tidak akan dilayan.

 

19.    Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan mengikut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberikan sebarang alasan. 

20.    Pihak Penganjur mengekalkan semua hak milik ke atas kandungan dalam perisian aplikasi dan mempunyai hak cipta untuk semua kandungan di dalamnya untuk tujuan pemasaran/pengiklanan. 

 

21.    Pengumuman pemenang bagi Peraduan “Berkongsi Rezeki Bersama Vinda 2025 akan dijalankan pada 25 April 2025 dan akan dihubungi dalam jangka masa 10 – 15 hari bekerja selepas tamat peraduan untuk pengesahan butiran dan alamat. Pemenang dijangka menerima hadiah dalam tempoh 30 hari bekerja setelah notis pemenang diumumkan. 

 

22.    Bagi 6,600 penebusan Wajib Menang, peserta akan dihubungi setiap 3 hingga 7 hari bekerja untuk penghantaran kod penebusan RM3.00 Touch 'n Go e-Wallet, sehingga kesemua kod penebusan habis ditebus.


LIABILITI DAN TANGGUNGJAWAB PESERTA

 

23.    Para pemenang akan dihubungi melalui Whatsapp ataupun e-mel untuk penghantaran dan penyampaian hadiah, untuk makluman pemenang WAJIB MENANG akan menerima kod tebusan daripada pihak penganjur dalam masa 3-7 hari bekerja untuk setiap penyertaan.

 

24.    Sekiranya Peserta Yang Terpilih tidak dapat dihubungi selepas DUA kali percubaan setiap hari selama tiga hari berturut-turut (pada hari dan waktu bekerja 9pagi – 5petang dari Isnin – Jumaat), Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menghubungi Peserta yang dipilih dari cabutan rawak yang seterusnya dan mengisytiharkan Peserta yang Terpilih tersebut sebagai pemenang mengikut proses yang dinyatakan di atas.

 

25.    Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab untuk menanggung segala pembiayaan atau kerugian yang ditanggung oleh pemenang semasa, ketika atau selepas pengambilan hadiah oleh pemenang. Kos pemasangan atau segala proses perlu ditanggung oleh pemenang. 

 

26.    Pihak Penganjur berhak untuk meminta bukti MyKad dan umur mana-mana pemenang sebelum pengambilan hadiah. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan pemberian hadiah kepada mana-mana pemenang yang gagal untuk menyediakan maklumat yang diminta.

 

27.    Pihak Penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk melakukan proses pengesahan para pemenang dan melakukan penghantaran hadiah, para peserta bersetuju bahawa Pihak Penganjur mungkin akan memberi maklumat yang diperlukan tentang para pemenang kepada pihak ketiga untuk perlaksanaan perkhidmatan. 

 

28.    Pihak Penganjur tidak akan mendedahkan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga kecuali diarah oleh undang-undang yang berkenaan. 

 

29.    Hadiah tidak boleh ditukar, dipindah milik dan tidak boleh ditebus dalam sebarang bentuk lain atas apa jua sebab.

 

30.    Pihak Penganjur dengan budi bicara mutlaknya berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Nilai hadiah adalah betul pada masa cetakan; semua hadiah diberikan dalam 'keadaan sedia ada'.

 

31.    Pihak Penganjur mempunyai hak untuk meminda Terma dan Syarat yang terkandung di sini, di mana perlu bagi sebab undang-undang, teknikal atau komersil dan apa-apa pindaan akan berkuatkuasa apabila dimuatkan di laman Facebook Vinda Tissue Malaysia.

 

32.    Profesionalisme dan Integriti adalah asas misi korporat kami. VINDA komited untuk mengekalkan profesionalisme dan integrity anda dengan melindungi maklumat peribadi yang kami kumpulkan tentang anda.

LAMPIRAN 1

Nama Produk

Imej Produk

VINDA DELUXE TISU TANDAS 3 LAPIS SMOOTH FEEL 8 GULUNG 

   

VINDA DELUXE TISU TANDAS 3 LAPIS SMOOTH FEEL 16 GULUNG 

VINDA DELUXE TISU TANDAS 3 LAPIS SMOOTH FEEL 24 GULUNG

VINDA DELUXE TISU TANDAS 3 LAPIS SMOOTH FEEL 27 GULUNG 

VINDA PRESTIGE TISU TANDAS 3 LAPIS EMBOSSED 27 GULUNG

VINDA PRESTIGE TISU TANDAS 3 LAPIS EMBOSSED 8 GULUNG

VINDA PRESTIGE TISU TANDAS 3 LAPIS PRESTIGE EMBOSSED 16 GULUNG

VINDA PRESTIGE 4D DECO CAMELIA TOILET TISSUE 3-PLY (16 ROLLS)

VINDA DELUXE TISU MUKA 3 LAPIS PEK LEMBUT (L) 4X110s

Edisi Terhad

VINDA DELUXE TISU MUKA 3 LAPIS KOTAK 4X80s

Edisi Terhad

VINDA DELUXE TISU MUKA 3 LAPIS PEK LEMBUT (L) APPLEWOOD 4X110s

VINDA DELUXE TISU MUKA 3 LAPIS PEK LEMBUT (M) 5X90s

Edisi Terhad

VINDA DELUXE TISU MUKA 3 LAPIS PEK TRAVEL 4X50s

Edisi Terhad

VINDA DELUXE TISU MUKA 3 LAPIS PEK TRAVEL 12X50s

Edisi Terhad

VINDA DELUXE SOFT PACK FACIAL TISSUE XS 3PLY (4X100S)

VINDA DELUXE POCKET HANKY 4 PLY 10X8S 

Edisi Terhad

VINDA PRESTIGE TISU MUKA 3 LAPIS PEK LEMBUT (M) 3X110s

VINDA PRESTIGE TISU MUKA 3 LAPIS PEK LEMBUT (S) 3 X100s

VINDA ULTRA SOFT SOFT PACK FACIAL TISSUE 2-PLY (4X150S)

VINDA CLASSIC BOX FACIAL TISSUE 2-PLY (5X90S)

VINDA CLASSIC BOX FACIAL TISSUE 2-PLY (4X170S)

VINDA MULTIPURPOSE DISINFECTING WIPES 80S

 

LAMPIRAN 2

TISU DAPUR VINDA

Nama Produk

Imej Produk

VINDA DELUXE DRY KITCHEN TOWEL 3X80s

VINDA DELUXE DRY KITCHEN TOWEL (3+1X80s)

VINDA DELUXE DRY KITCHEN TOWEL 6X80s

VINDA DELUXE SOFTPACK KITCHEN TOWEL (6+2X80S)

VINDA DELUXE KITCHEN ROLL (6X60S)

VINDA DELUXE KITCHEN ROLL (6+2X60S)

VINDA CLASSIC MULTI-PURPOSE KITCHEN TOWEL ROLLS (6X60S)

VINDA DELUXE WET KITCHEN TOWEL 40s

VINDA DELUXE WET KITCHEN TOWEL 2X40s (Twin Pack)

VINDA DELUXE LAVENDER KITCHEN WIPES 40S

VINDA PLATINUM WASHABLE KITCHEN TOWEL 85s

VINDA PLATINUM WASHABLE KITCHEN TOWEL 2X150s

VINDA PLATINUM WASHABLE MULTI-PURPOSE HANGING KITCHEN TOWEL (180S)

More Upcoming Events

Posts were not found